OKTOBER 2024

Premier Berkunjung Deepavali Hari Ini


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg memulakan kunjungan Deepavali beliau di  kediaman Presiden Persatuan Tokong Sikh Sarawak Dato Dr Kalwinder Singh Khaira yang bertempat di  Lorong Sungei Tengah, Kuching.

Beliau kemudiannya meneruskan kunjungan Deepavali dengan menghadiri majlis makan tengahari bersama keluarga Shankar R.P Asnani bertempat di The King’s Curry House.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Dato Sri Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok merangkap Pengerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) Dato Ibrahim Baki, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng serta dif kenamaan yang lain.